Assalamualaikum Wbt.
Haipp heloooooo~
Sejak jadi budak hostel ni, aku dah malas nak buat entri baru. Siyesly, aku cuti hujung minggu je. Memang letih lah kan. Mana lagi homework kan? Hmmppphh. Okay, stop cerita pasal hostel, sekolah. Minggu ni aku pulang dengan senyuman memanjang sampai ke telinga. Mana taknya, minggu ni minggu bermakna buat mereka. Siapa mereka? Alaa, mereka lah :)
Ibu & Ayah.
Dear sayang, Sanah Helwah buat kalian berdua. Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki agar dapat membentuk keluarga kita menjadi keluarga yang sa'adah. InshaAllah.
Tiada hadiah yang mahal mahal. Takde bajet kot. Just kepulangan anak-anak Ibu & Ayah bagi memeriahkan lagi Birthday yang penuh barakah. Padahal, nak makan lebih je tuuuu~
Sorry yah, takde pic ayah ;) Peace.
Sanah Helwah buat....
insan yang paling baik dalam hidup aku selama ni,insan yang telah membawa aku dalam kandungan dengan begitu susah payah,insan yang membawa aku ke dunia yang berseri ni dengan selamat,insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk,insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang haluan,insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah aku,insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak,insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak,insan yang tak pernah membebankan aku,insan yang tak pernah meminta apa-apa,
Hanya DIA Tahu betapa sayangnya aku pada ibu dan ayah. Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ibu & ayah lakukan untuk kami adik-beradik dan keluarga yang lain tak mungkin dapat dibalas walaupun terasa ingin membalas.Hanya pada ALLAH, semoga ibu & ayah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment