Kan-- Ini 'hadiah' dari Allah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ;

Minggu minggu terakhir sebelum aku pegang title student semula. Hahah kesian. 19 tahun baru nak belajar balik kan. Tak kisah lah kan. Nak 19 ke 29 tahun ke. Asal kau nak belajar. Belajar lah sampai negeri china pun boleh. Asal ada duit :p

Alhamdulillah, isnin lepas aku dapat tawaran daripada KUIS untuk program ASASI. Alhamdulillah, alhamdulillah. Memang tunggu dari dulu. Cumanya, hari tu dapat panggilan dari kuis tapi untuk temuduga diploma syariah. Hmm, time tu juga tawaran dari IIC datang. Memang tak tolak lah kan. Sebabny, memang taknak lah aku pi kalau temuduga ni. Yelaa, bukannya dekat kan KK-KL. Kalau tambang free takpa.




PENGAJIAN TAHUN ASAS BAHASA ARAB

Ni lah program ASASI yang aku dapat. Berfikir juga dua tiga kali. Nak pergi ke KUIS ataupun IIC? Arab? Nampaknya kena refresh lah semula apa yang aku tinggalkan selama ni. Bila dapat tahu tentang tawaran ni, aku terus cari ibu. Ibu macam biasa lah, bila tengok muka aku yang confident level-nya rendah, dia akan tanya..

Jadi macam mana? Nak IIC ke KUIS? Kalau dua hati, Istikharahlah. Ibu malas lagi nak fikir.
See? Ibu memang takkan berhenti fikir pasal anak-anaknya. Dia tak boleh tengok sikit pun kitaorang susah. Tulah kekadang nak bagitau sesuatu, berfikir juga nak susun ayat supaya ibu tak banyak fikir.

Ayah-- Asalkan anaknya mampu dan belajar bersungguh sungguh. Dia akan terus menyokong. Lagi satu, yang penting lepas belajar peluang pekerjaan tu ada katanya lagi.

Then, aku rasa tak punya banyak masa lagi--


Asasi--
Ya, aku pasti ada hikmah Allah bagi atas kehadiran tawaran ni last minit.

Inshaa Allah--
Aku cuba.

Tentang angah, maaf kita terpisah kali ni. Jaga diri, Iman dan Solat di IIC nanti k. Takpa, nanti kita jumpa.

30 JUN--
Di IIC

11 JULAI--
Di KUIS


3 comments:

Unknown said...

ngeehh..gud luck syg.. <3 never die..lagu blog tu sungguh lol untuk ddy..wkwkw

Unknown said...

love u <3

FatinCokelat ♥ said...

@yusuf haq Thanks. Doakan ye ;)