#10 sebab aku tak respect kat lelaki

1. Dah ada girlfriend kau nak pegang-pegang. Elok-elok girlfriend kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia. Konon special untuk kau seorang. Bila girlfriend kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye.. Wah,  KAU LELAKI GATAL.
2. Bila keluar dengan girlfriend, kau sanggup jemput hantar girlfriend kau. Berhabis duit kasi hadiah kat girlfriend bila girlfriend merajuk pun takpe. Konon kau penyabar. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak.Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada girlfriend cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau. Konon kaulah lelaki paling gentleman. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam bas, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.
4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua. Nampak je ada pompuan cun, makin semangat kau. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.
5. Bila kau bawak kereta, ada je perempuan baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau. Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.
6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua f**k, s**t, an***g macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.
7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup. Konon untuk kepuasan diri. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat. Bab agama kau aci mengelat. Herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.
8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb. Kau kata konon bajet cun. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI.
9. Time girlfriend kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan girlfriend kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. Wei, KAU LELAKI EGO.
10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome.Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.
 Siyesly, aku meluat k!