Esok? Yah, esok.

 

Dengan lafaz, Assalamualaikum Wbt, Aku memulakan entri kedua untuk hari ini :3
Hohohoi. Aku tahu budak budak batch 94' ni sekarang ada yang dah mula nervous, histeria, seram sejuk. Cam aku lah. Tak senang duduk. Kejap berdiri. Kejap duduk. Kejap sengih. Kejap muram. Nampak sangat dah tak betul. Mana tak nya, esok hari keramat bagi budak budak batch 94' . Keputusan Spm 2011 bakal di umumkan. Ya Allah, bagaimana lah keadaan esok? Esok aku di iringi oleh dua orang tulang belakang yang telah bersusah payah membesarkan aku. Berbaloi kah usaha mereka? Ahhhh! aku buntu. Bingung. Segala galanya terserah pada takdir. Kejayaan milik Allah SWT. Usaha dari kita. Kita cuma tahu merancana kan. Tapi Allah yang menentukan. 

Ibu, ayah.
Sekiranya result kaklong tak dapat memuaskan hati ibu & ayah, kaklong ingin memohon ampun dan maaf andai telah mengecewakan ibu & ayah. Kaklong tahu, kaklong dah usaha. Tapi, ini je yang termampu.

Ya Allah,
Kau kurniakan lah kami semua keputusan yang cemerlang. Agar kami dapat membalas jasa kedua ibu & bapa kami. Namun, jika di sebaliknya. Kami redha dengan ketentuan-MU. Aamiin~


#Rindu saat ini ;")

No comments: