Assalamualaikum Wbt.
Fuhhh masih lagi dalam mood mood PLKN dan mood mood result.
Yap! memang result aku tidak sehebat mereka mereka di luar sana. But, apa yang aku tanam selama ni, itu lah hasilnya. So, terima kasih pada yang banyak membantu tak kira di depan atau di belakang tabir. Syukran Syukran Syukran!
Tatkala ibu ayah dan makcik sedang sibuk memikirkan perjalanan hidup aku selepas ni, aku lebih suka diam dan go on dengan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA. Bukan sekadar mencuba nasib. Rezeki Allah luas, mungkin aku patut cuba. Syariah & undang undang, kau ku kejar. Okay?
Bukan guru, polis dan jururawat yang aku inginkan. Fahami lah wahai semua. Memang, aku akui. Minat boleh dipupuk secara perlahan lahan. Tapi, maaf. Kali ni aku betul betul tak nak. Hihii. Bukan niat menderhaka. Aku lebih suka diam dari menyuarakan pendapat. Aku bukan setakat mencuba, tapi aku usaha.
Tabah dan kuat lah wahai hati. #Tulang belakang kau tak semestinya membuntuti setiap gerak langkah kau. Adakalanya kau perlu jalaninya sendirian. InshaAllah, aku akan lebih tabah selepas ni. Fuhhh macam ada something :3 Rahsia aku dan Allah.
Ibu ayah dan tulang belakang aku, segala pendapat dan saranan semua akan aku pertimbangkan. InshaAllah, tak kira di mana aku berada, korang daieman fil qolbi. Sayang selamanya.
Kan dah kata tadi, mood PLKN lagi. Hahaha!
No comments:
Post a Comment